Laman Sokongan Ibu bapa


TIP & SUMBER UNTUK MENYOKONG PEMBELAJARAN

Peranti baharu? Klik di sini untuk nyahkotak peranti dan masuk DELIMa.

Pengenalan kepada DELIMa

Berkomunikasi dengan guru

Hubungi guru kelas anak anda untuk membincangkan perkara yang perlu dipelajari oleh anak anda. Anda juga boleh mengajukan soalan kepada guru untuk mengetahui aplikasi lain yang digunakan untuk pembelajaran selain daripada pelantar ini seperti Whatsapp atau Telegram bagi memastikan kelancaran pembelajaran anak anda.

Persiapan Pembelajaran  Anak Anda

Selepas menghubungi guru untuk mendapatkan modul pembelajaran dan sebagainya, anda perlu melaksanakan perkara berikut:

Sumber

Anda boleh menyediakan sumber yang dapat menyokong pembelajaran anak anda seperti lembaran kerja, aktiviti dan kuiz. Selain itu, buku Tahun 1 juga disediakan di pelantar ini untuk rujukan dan kegunaan anda. Anda juga boleh menggunakan alatan prop dan bahan lain untuk menarik minat anak anda semasa membantu pembelajaran mereka dan anda boleh menggunakannya semasa  sesi pembelajaran supaya anak anda terus berminat untuk belajar. Anda boleh memanfaatkan bahan-bahan tersebut untuk melancarkan pelaksanaan PdPR. 

Modul transisi disediakan di sini untuk rujukan  ibu bapa dan kegunaan guru.